_DSC0316

Pengenalan

Ibadah Qurban adalah ibadah yang lazim yang dilakukan oleh umat Islam.  Ia adalah satu ibadah yang mengetengahkan konsep pengorbanan dalam diri setiap individu seperti yang dilakukan oleh Nabi Ibrahim a.s. dan anaknya Nabi Ismail a.s. Ia adalah satu ibadah yang dituntut. Sepertimana yang disyariatkan di dalam Surah Al-Hajj 22: 34:

‘Dan bagi tiap-tiap umat telah Kami syariatkan penyembelihan (kurban), supaya mereka menyebut nama Allah terhadap binatang ternak yang telah direzkikan Allah kepada mereka, maka Tuhanmu ialah Tuhan Yang Maha Esa, karena itu berserah dirilah kamu kepada-Nya. Dan berilah kabar gembira kepada orang-orang yang tunduk patuh (kepada Allah)’. 

Pada kebiasaannya ibadah quran dijalankan di surau/masjid di kariah masing-masing dan adakalanya di jalankan di rumah-rumah di sesetengah tempat.  Walaupun ia adalah satu ibadah yang biasa dijalankan, masyarakat kita masih menghadapi beberapa masalah utama dalam penyelenggaraan ibadah ini:

Foto0056

i)                    Pendaftaran di akhir waktu

Walaupun ia adalah ibadah yang lazim dijalankan setiap tahun pada setiap Hari Raya Aidil Adha, kebiasaannya pengurusan ibadah qurban ini dijalankan dalam keadaan yang kelam kabut sehinggakan ada yang masih berdaftar dimasjid-masjid dalam 2-3 hari sebelum hari qurban. Dan sesetengah pihak menjadi marah jika permintaan mereka tidak dipenuhi kerana bagi mereka, ibadah sepatutnya tidak boleh dihalang. Inilah senario yang biasa berlaku di masjid-masjid setiap tahun.

ii)                    Harga lembu menjadi mahal

Permintaan di akhir waktu boleh menyebabkan harga lembu menjadi begitu mahal dan orang tengah akan mengambil kesempatan untuk menjual dengan harga yang tinggi. Dalam keadaan yang terdesak, kebiasaannya lembu akan dibeli. Sehinggakan ada yang sanggup mencuri lembu disebabkan harga lembu yang tinggi.

iii)                    Lembu dari sumber yang tidak diketahui

Apabila lembu yang dibeli di akhir waktu, kita tidak punyai masa untuk memeriksa sumber lembu yang diperolehi itu. Ini sebenarnya boleh menimbulkan was-was dari segi kebersihan kawasan penternakan dan adakah makanan yang diberikan adalah dari sumber yang halal atau tidak.

iv)                    Pembaziran 

Adakala ibadah qurban yang dilakukan di beberapa masjid yang berdekatan memberi daging kepada rumah yang sama. Lebih-lebih lagi jika ibadah qurban dilakukan di rumah-rumah, mereka hanya mengagihkannya di sekitar jiran tetangga. Jikalau ramai di antara jiran yang melakukan ibadah qurban, daging yang diterima menjadi berlebih-lebihan. Ini menyebabkan pembaziran berlaku apabila dapat dilihat masing-masing terpaksa menghasilkan pelbagai juadah yang dimasak berasaskan daging. Dan ada daging yang terpaksa menyimpan daging di dalam peti ais berbulan-bulan lamanya kerana dek banyaknya daging yang diterima melebihi dari keperluan.

v)                    Agihan yang tidak adil

Bagi masjid-masjid yang mempunyai qariah yang mampu, sudah pasti banyak lembu yang akan diqurbankan. Dan pengagihan lembu akan dibuat dikalangan yang mampu. Manakala, di surau kawasan yang miskin pula hanya dapat menyembelih 1-2 lembu sahaja. Adakala mungkin pengagihan tidak mencukupi. Dapat diperhatikan berlaku ketidak seimbangan di dalam pengagihan lembu dan  orang-orang yang mungkin benar-benar memerlukan pula tidak dapat daging seperti yang sepatutnya.

vi)                    Tidak mendahulukan jiran dan tetangga yang dekat

Banyak ibadah qurban dilakukan di tempat-tempat seperti Kampuchea dan sebagainya. Ia tidak salah tetapi sebelum kita pergi membuat ibadah di tempat yang begitu jauh, kami ingin mengajak tuan-puan memikirkan sudahkah kita menjalankan tanggungjawab kita terhadapt jiran tetangga kita yang benar-benar miskin, orang-orang asli yang terpinggir, yang juga jiran dan mungkin saudara kita serta mereka yang benar-benar memerlukan di dalam negara kita sendiri?  Didalam Surah An-Nisa’ 4:36 menegaskan kepentingan mendahulukan tetangga:

‘Sembahlah Allah dan janganlah kamu mempersekutukan-Nya dengan sesuatupun. Dan berbuat baiklah kepada dua orang ibu-bapa, karib-kerabat, anak-anak yatim, orang-orang miskin, tetangga yang dekat dan tetangga yang jauh, dan teman sejawat, ibnu sabil dan hamba sahayamu. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong dan membangga-banggakan diri’

Malah didalam Hadith Riwayat Bukhari menekankan menjaga kepentingan tetangga:

‘Bukanlah dari kalangan ORANG YANG BERIMAN, apabila ia didalamnya kekeyangan, sedangkan jirannya dalam kelaparan’

Begitu penting hak jiran tetangga sehinggakan Rasulullah menyifatkan seseorang tidak beriman jika tidak mendahulukan jiran.

IMG_20130627_151714

Langkah-langkah penyelesaian

Menyedari keadaan yang berlaku di dalam masyarakat kita pihak Koperasi mengambil inisiatif untuk merujuk Al-Quran dan As-Sunnah untuk mengetahui cara terbaik  dalam menjalankan urusan ibadah qurban. Melalui rujukan yang dibuat terhasil satu sistem yang inovatif yang dinama SKIM TABUNGAN IBADAH QURBAN DALAM TALIAN (STIQDAT) yang membolehkan seseorang individu itu membuat ibadah qurban sambil berdakwah.

Objektif STIQDAT:  

  • - Memberi peluang kepada umat islam melaksanakan ibadah qurban melalui kaedah penabungan yang sistematik, terjamin dan terancang;
  • - Membantu memastikan haiwan qurban memenuhi syarat sah sembelihan;
  • - —Membantu meningkatkan tahap ekonomi penternak-penternak islam;
  • —- Membantu pihak berwajib memastikan orang yang layak menerima agihan daging qurban diutamakan, mendapat manfaat   penuh, dan tidak wujud sebarang pembaziran;
  • - Membantu pihak berwajib dalam memastikan pengagihan daging dilakukan secara teratur, tertib,  cepat dan telus.

STIQDAT terbahagi kepada dua jenis iaitu:

  1.  i-Qurban  (RM 380) -  Tabungan untuk Ibadah Qurban sahaja
  2.  e-Qurban  (RM 530) - Tambahan : Penyertaan dalam Skim Pemasaran Musyarakah (S.P.M)

Penerangan I-Qurban

Nilaian kos seekor lembu dibahagi tujuh = RM 350.00. Daging ini akan di sedekahkan kepada fakir-fakir miskin dari kalangan umat islam di tempat-tempat perlaksanaan Ibadah Qurban mengikut hukum-hukum syarak.

Pelaksanaan akan diuruskan oleh pihak Koperasi Co-Uniq dengan kerjasama Persatuan Belia Masjid (Selangor, Wilayah Persekutuan, lain-lain negeri) bersama AJK Masjid kariah setempat.

Tempat : Perkampungan Orang Asli, Masjid-masjid, Rumah Anak-anak Yatim

Pecahan i-Qurban :

  • Caj Perkhidmatan                                    RM   30.00
  • —Ibadah Qurban                                        RM 350.00
  • Jumlah Tabungan Keseluruhan                  RM 380.00

Penerangan e-Qurban

Sama seperti i-qurban dengan tambahan kepada Fi Program (RM 150)

  • Skim pemasaran Musyarakah (S.P.M) – agen pemasaran CouniqSWP
  • Ejen Pemasaran tidak boleh mengutip wang tunai. Segala transaksi tunai akan dilakukan terus ke dalam akaun CouniqSWP

Pecahan e-Qurban :

  • Caj Perkhidmatan                                     RM   30.00
  • Fi Program                                               RM 150.00
  • Ibadah Qurban                                         RM 350.00
  • Jumlah Tabungan Keseluruhan                   RM 530.00

Melalui STIQDAT, pengesahan untuk ibadah Qurban akan dibuat 100 hari sebelum hari tasyriq. Ini akan membolehkan perancangan pelaksanaan ibadah qurban dirancang dengan lebih baik.  Dalam jumlah yang banyak, kita akan dapat memperolehi lembu dalam harga pukal. Dengan sistem tabungan, lembu dapat dibeli dari anak lembu lagi dan boleh diternak oleh penternak yang dipastikan cara penjagaan dan pemakanannya yang bersih dan halal. Proses ini akan sangat menjimatkan di masa-masa akan datang dan akan membolehkan kita mencakupi lebih ramai tetangga kita yang benar-benar memerlukan.

Ibadah Qurban yang turut dijalankan di perkampungan Orang Asli akan membuka mata kepada orang asli yang masih belum Islam, tentang Islam. Dengan kehadiran kita akan mengeratkan silaturrahim dengan golongan ini dan jika tahun demi tahun kita meneruskan hubungan baik ini, akan membuka jalan yang lebih mudah untuk kita menyampaikan risalah Islam kepada mereka. Ini dapat menangkis anggapan mereka yang jika masuk Islam, mesti masuk Melayu. Melalui ibadah qurban ini kita akan dapat menampakkan yang Islam lebih luas dari itu. Dengan membawa akhlak yang baik adalah salah satu cara yang efektif di dalam dakwah. Sejajar dengan penekanan tentang kepentingan akhlak di dalam Al-Quran, dan akhlak yang terbaik adalah akhlak Rasulullah S.A.W yang menghormati sekelian manusia tanpa mengira bangsa, pangkat dan harta.

Seperti yang dinyatakan di dalam Surah Al-Ahzab 33:21:

‘Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (yaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah ‘ 

Semoga kita akan sentiasa mencontohi akhlak baginda dalam setiap ibadah yang kita lakukan.

SEKIAN

 

 

 

 

Leave a Reply


  • Mengenai Kami

    Assalamualaikum waramatullahiwabarakatuh.
    Selamat Datang ke Laman Sesawang Koperasi Urusan Ibadah Qurban Selangor dan Wilayah Persekutuan (CouniqSWP) yang sebelum ini juga pernah dikenali sebagai Koperasi Urusan Ibadah Qurban Selangor Berhad (CouniqS).
    Kami menyediakan perkhidmatan berkaitan ibadah qurban terutamanya Skim Tabungan Ibadah Qurban Dalam Talian (STIQDAT)
    Selamat melayari laman sesawang kami ini.
    Terima kasih diatas kesudian anda melawat laman ini.
  • Kandungan

  • Hubungi Kami

    Alamat
    Sukida Resort, Sg. Tekala,
    43500, Semenyih, Selangor.

    Telefon
    1. Pengerusi (En Aliff Razuki)
    - 013 - 672 4313
    2. Setiausaha (En Aswadi Jalil)
    - 019 - 353 5406
    3. Pengurus (En. Ahmad Darun Naim)
    - 010 - 287 2803

    Emel : CouniqSWP@gmail.com
  • Visitor Stats

    Today : December 12, 2017
    Today Visitors: 6
    Total Visitors: 7980
    Visitors Online: 0
    Users Online: 0