LATARBELAKANG PENUBUHAN CouniqSWP

Koperasi Urusan Ibadah Qurban Selangor Berhad telah siap ditubuhkan pada tanggal 2 Februari 2007. Idea keseluruhan penubuhannya adalah dengan menggabungkan keseluruhan Umat Islam yang berbilang kaum (termasuk mualaf) dalam perlaksanaan Ibadah Qurban dan Aqiqah yang telah disyariatkan Allah S.W.T  [ Kitabullah (Al-Quran)] untuk memperingati pengorbanan Nabi Ibrahim a.s dan Nabi Ismail a.s (Sunnah Rasul-Nya), demi mewujudkan sebuah rangkaian pengurusan perniagaan, Ibadah Qurban dan Aqiqah yang sepenuhnya dikendalikan oleh Umat Islam.

Alhamdulillah, genap tahun 2009 tamat Koperasi Urusan Ibadah Qurban Selangor Berhad berjaya mengembangkan kawasan operasi kepada kawasan di seluruh Selangor dan Wilayah Persekutuan. Justeru itu, nama koperasi telah dipersetujui bertukar kepada Koperasi Urusan Ibadah Qurban Selangor dan Wilayah Persekutuan Berhad dengan singkatan terbaru “CouniqSWP”.

Aktiviti utama CouniqSWP adalah menjalankan aktiviti pengurusan bagi perlaksanaan ibadah qurban dan aqiqah. Antara produk terbaru CouniqSWP adalah Skim Tabungan Ibadah Qurban Dalam Talian (e-Qurban). Dengan berbekalkan pengalaman selama tiga tahun dalam pengurusan perlaksanaan Ibadah Qurban di beberapa perkampungan orang Asli berkat kerjasama Pihak Masjid, Jabatan Agama Islam Negeri Selangor (JAIS), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), agensi-agensi kerajaan dan Institusi Swasta dan tidak dilupakan anggota-anggota koperasi telah mengukuhkan semangat kami, CouniqSWP untuk terus tampil demi menguruskan perlaksanaan Ibadah Qurban dan Aqiqah secara terancang dan sistematik disamping melibatkan penyertaan anggota masyarakat dalam melaksanakan projek perekonomian penternakan bagi tujuan menjamin bekalan ternakan yang “halal lagi baik” pada masa hadapan, InsyaAllah.

  • Mengenai Kami

    Assalamualaikum waramatullahiwabarakatuh.
    Selamat Datang ke Laman Sesawang Koperasi Urusan Ibadah Qurban Selangor dan Wilayah Persekutuan (CouniqSWP) yang sebelum ini juga pernah dikenali sebagai Koperasi Urusan Ibadah Qurban Selangor Berhad (CouniqS).
    Kami menyediakan perkhidmatan berkaitan ibadah qurban terutamanya Skim Tabungan Ibadah Qurban Dalam Talian (STIQDAT)
    Selamat melayari laman sesawang kami ini.
    Terima kasih diatas kesudian anda melawat laman ini.
  • Kandungan

  • Hubungi Kami

    Alamat
    Sukida Resort, Sg. Tekala,
    43500, Semenyih, Selangor.

    Telefon
    1. Pengerusi (En Aliff Razuki)
    - 013 - 672 4313
    2. Setiausaha (En Aswadi Jalil)
    - 019 - 353 5406
    3. Pengurus (En. Ahmad Darun Naim)
    - 010 - 287 2803

    Emel : CouniqSWP@gmail.com
  • Visitor Stats

    Today : July 23, 2014
    Today Visitors: 0
    Total Visitors: 2299
    Visitors Online: 0
    Users Online: 0